D'Enchanted Heart
ღ D'LANDLORD ღ

Navigation : Hover the image



Entries About Linkies Stuff

Speaking here is Woohosii. Welcome to wooho blog.


ღ ATTENTION! ღ

| My blog is my diary | Once you read it you must keep your mouth ZIPPED! | Hate betrayal |

ღ TWITTER ღ


ღ KAMSAHAMNIDA ღ

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Aleeya Azalea
Others:   

Lukisan kisah hati...


Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. setelah sekian lama menyepi daripada berblogging now i'm back.. only for a minutes.. kisah hati yang terpendam perlu di luahkan.. Azam yang tersemat di hati nak jadikan tahun 2013 the best year ever tapi.. apa kan daya banyak halangan yang datang.. ego mekar berkembang sensitif subur di semai.. di sebabkan ego dan sensitif persahabatan yang paling baik akhirnya hancur.. berderai seperti kaca di hempas jatuh berselerakkan..

Bukan niat di hati nak wujudkan perang dingin bukan niat di hati nak berjauhan dan bukan niat di hati nak abaikan.. tapi bila bersua ibarat ada invisible wall yang terletak kukuh di antara kita.. dinding yang hanya aku rasai.. yang hanya aku nampak.. mesti kau tertanya-tanya kan kenapa aku bersikap sedemikian rupa.. jawapannya bukan aku tidak tahu tapi aku malu hendak beritahu kerana takut dilabel sebagai seorang yang selfish. kenangan silam sering menghantui aku tika bersama kau kerana kau punya ikatan yang kuat dengan tempat bersejarah aku..

Tempat yang buatkan aku puas melalui hidup dengan penuh kesukaran kepayahan..
Hidup yang memerlukan 100% ketabahan hati kecekalan jiwa..
Tempat yang buatkan aku rasa fobia nak ke sekolah.. 
Tempat yang buatkan aku acap kali melimpahkan butir air mata.. 
Tempat yang buatkan aku cerewet memilih rakan.. kurang rasa percaya pada rakan dan kurangnya semangat setia kawan.. tapi bagaimana mungkin aku mampu meluahkan ini semua..itu semua kenangan..
Kenangan yang pahit bak peria..
Kenangan yang mencucuk sanubari bak hunusan pedang samurai..

Jujur aku katakan sepanjang aku bersekolah di sini aku bersikap hipokrit.. pretend to be the happy pretend to be nothing happen but deep in my heart.. ada luka yang tak pernah sembuh.. luka yang memerlukan masa bertahun untuk pulih.. dan ini semua berlaku tika kau mula menghulurkan ikatan persahabatan dengan bekas rakan sekolah aku.. jujur aku katakan.. aku membenci tindakan kau. tindakan yang hanya buatkan aku sakit hati.. tapi sakit hati ni aku hanya mampu pendam sendirian kerana aku tak mahu hancurkan ikatan persahabatan yang kau baru jalinkan.. aku rela hubungan kita yang terjejas daripada hubungan kau dengan mereka..

Tahukah kau betapa sakitnya hati bila aku terpaksa ignore kan kau?
Tahukah kau betapa berat aku menahan empangan air mata ni daripada pecah?
Tahukah kau betapa aku rindu saat kita bersama?

Namun aku senang tengok kau mulai dapat menerima situasi baru antara kita.. aku hanya mampu mendoakan kejayaan kau.. tahniah kerana berjaya bersikap tegas. terima kasih di atas kenangan yang telah kita cipta bersama.. terima kasih kerana sudi jadi rakan baik aku even hanya bertahan selama 1 tahun.. semoga kau bertemu dengan rakan yang lebih baik lebih jujur dan memahami kau.. ^_^