D'Enchanted Heart
ღ D'LANDLORD ღ

Navigation : Hover the image



Entries About Linkies Stuff

Speaking here is Woohosii. Welcome to wooho blog.


ღ ATTENTION! ღ

| My blog is my diary | Once you read it you must keep your mouth ZIPPED! | Hate betrayal |

ღ TWITTER ღ


ღ KAMSAHAMNIDA ღ

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Aleeya Azalea
Others:   

Back to ALLAH SWT


Assalamualaikum. Annyeonghaseyo. Hello. Hai snow pink ^_^ i'm glad to see you again. Thanks to Allah who give us life for another day. Alhamdulillah~ (: Lately i'm trying to be a good person as a muslim should be. InsyaAllah~ Allah will guide me. If you can look towards my facebook, lately i only fill my wall with Islamic post because i think its more better than we post about our life problem or anything else. People said that if we wanna be a good person we should bring others too. Below are some post from Tanyalah Ustaz facebook page, Prof. Dr Muhaya page, Ustaz Zahazan Mohamed page and Majalah Solusi page.
Kita sering tertipu dengan apa yang kita lihat. Kita lihat rezeki, kita lupa pemberi rezeki. Kita lihat kehidupan, kita lupa kematian. Kita lihat dunia, kita lupa akhirat. 
Setiap hari niat nak fikir baik, rasa baik dan buat baik. Jaga dunia dalaman setiap saat.
Jagalah HARI INI sebaik mungkin dengan tidak mengumpat atau mendengar umpatan.
"Barang sesiapa yang banyak beristighfar maka Allah swt akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala kesulitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." - Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An- Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.
Untuk setiap alasan yang kita buat kita telah membuang satu perubahan. Jom audit apa dan berapa banyak alasan kita hari ini.
Setiap saat tanya apa yang kita boleh buat untuk memberi nilai baik pada diri, keluarga dan masyarakat. Tukar channel TV apabila ada adegan ganas untuk menjaga minda kita dan kanak-kanak. 
Selagi mendirikan solat terasa beban. Selagi itulah hidup akan terasa setu bebanan. Hijrahkanlah solat kita, insyaAllah akan hijrahlah seluruh hidup kita. Hayatilah makna dalam setiap bacaan, gerak laku, dan rasa hati di dalamnya... JAGALAH SOLAT, maka Allah akan menjaga kita. - Ustaz Pahrol.
Orang yang sentiasa melihat diri tidak akan perasan kesilapan orang, maka tidak perlu sabar dengan karenah orang sebaliknya sabar dari tindakan orang lain. Jika kita selalu nampak salah orang bererti kita tidak melihat diri maka memang banyak kesilapan diri. Apa yang di TAIP itu minda kita.
4 Prinsip untuk mendapat apa yang kita mahu. 1. Doa yang spesifik. 2. Fokus untuk kebaikan ummah. 3. Sentiasa bersyukur 4. Keyakinan pada Allah yang amat tinggi.
Jiwa kita sibuk mencari berita negatif dan keaiban orang lain. Itu menunjukkan fokus kehidupan kita  maka itulah hasil hidup kita. Jom ubah fokus! Lihat bagaimana hidup berubah.
Salah satu sebab kita merasa susah, sakit hati, stress, marah, dendam, kecewa dalam urusan duniawi kerana tidak menekankan mendapat iklhas dalam setiap amalan. Orang yang ikhlas hanya mengharap Allah. Maka tak perlu manusia, maka akan tenang. Semoga kita dapat membuat keputusan dengan ikhlas dan mendisiplinkan diri untuk mendapat ilmu dengan ikhlas.
Mulai hari ini hentikan bahasa " Saya down!! Orang yang buat saya down" ini. Semua melambangkan kelemahan dan kurang yakin diri. Tentu hasil kehidupan amat lemah. Tingkatkan keyakinan diri dengan mendekatkan diri pada Allah. Jangan bergantung pada manusia untuk kebahagiaan. Bergantunglah pada Allah.
Setiap kali peristiwa negatif berlaku pada diri kita, kita boleh pilih untuk menjadi mangsa keadaan dan rasa kasihan pada diri atau memilih untuk belajar dari situasi dan lebih dekat pada Allah. Pilihan dan persepsi kita menentukan kehidupan kualiti kehidupan.
Semoga tahun baru kita berhenti menaip berita tetapi mencari ilmu. Jika sesuatu perkara negatif berlaku pada ahli keluarga jangan di cerita di facebook, twitter atau lain/2 laman sesawang. Jadilah orang yang beri perhatian bukan cari perhatian. Jadi pencari ilmu bukan memberi pendapat yang melemahkan orang yang membacanya. Fokus pada benda positif dan jadi penyebar berita baik. Jom baca balik semua status, tweet, post atau entries kita, di situ kita akan nampak masa depan. Kita menempah masa depan dengan taipan di laman sesawang. Lihat apa menu kehidupan kita sedang tempah. Taipan kita menunjukkan fokus kita dan itu cermin dunia dalaman kita dan itu yang akan kembali pada kita..
Jangan sekali merasa bangga atas segala pencapaian kerana itu semua dengan izin Allah. Kita usaha secara optimal dengan niat baik dan tawakkal dan biarkan Allah yang menentukannya. Setiap cubaan menggugurkan dosa seperti gugurnya daun. Bila senang kita bersyukur dan bila susah kita bersabar.