D'Enchanted Heart
ღ D'LANDLORD ღ

Navigation : Hover the image



Entries About Linkies Stuff

Speaking here is Woohosii. Welcome to wooho blog.


ღ ATTENTION! ღ

| My blog is my diary | Once you read it you must keep your mouth ZIPPED! | Hate betrayal |

ღ TWITTER ღ


ღ KAMSAHAMNIDA ღ

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Aleeya Azalea
Others:   

Stay strong friend!


Assalamualaikum. Annyeonghaseyo. Hello. Hai readers :) How are you? I hope you are in pink. Entry kali ni aku buat khusus untuk seorang kawan yang baru sahaja kehilangan ibunya sebentar tadi. A friend with initial W, please stay strong! You still have your family and friends around you. Ingat, ALLAH tidak akan sesekali menduga hambanya di luar kemampuan hamba itu sendiri. Jangan sesekali bertanya atau mempertikaikan takdir Allah.. Jangan pernah bertanya kenapa aku? kenapa aku yang kena tanggung semua ini? atau apa/2 pertanyaan sekalipun yang boleh mengugat iman kau.

Allah duga kau dengan cubaan ini kerana Allah tahu kau mampu pikul cubaan ni.. kerana Allah tahu kau kuat hadapi kenyataan ni.. kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kau.. dan kerana Allah mahu kau lebih dekatkan diri denganNya selepas Allah timpakan kau dugaan ini. Aku tahu tak mudah apabila kita kehilangan seseorang yang kita sayang.. apatah lagi orang itu ialah IBU kita sendiri. Ibu yang telah melahirkan kita, yang telah membesarkan kita, yang telah merawat, menjaga, menyayangi, mengasihi, melindungi dan mendoakan kejayaan kita.. Aku tahu kehilangan ini sangat perit sangat pedih kerana kehilangan ini adalah untuk selamanya..

Walaupun aku tak dapat nak selami perasaan kau saat ni tapi aku faham rasanya apabila kita kehilangan Ibu yang selama ni merupakan tempat untuk kita mengadu, bermanja dan sebagainya.. Aku cuma berharap selepas ni kau akan lebih dekatkan diri dengan Allah.. Ingat, kau masih ada Allah di dunia ni. Hanya pada Allah sebaik/2 tempat mengadu, bermanja dan meminta pertolongan. Tunjukkanlah kecintaan kau pada ibu kau dengan sentiasa doakan dia Al-Fatihah kerana doa kau boleh menyelamatkan dia sebentar dari seksaan kubur.. selain tu gunakan barang/2 peninggalan dia ke arah kebaikkan semoga dia turut menerima pahalanya dan bersedekahlah menggunakan nama dia agar dia turut mendapat rahmatNya.. Hanya itu yang kau mampu buat sekarang untuk berbakti pada dia. Aku harap kau dapat bersabar dan tabah kawan. Kuatkan hati teguhkan iman.. Banyakkan baca Al-Fatihah, Yaasin, al-Quran dan bersolat untuk menenangkan jiwa kau yang tengah dalam keadaan terkejut tu.. Ingat! kau boleh hadapi ni. Aku dan buddies yang lain akan sentiasa berada di samping kau.. ^_^

#Fokus untuk SPM2013 yang akan datang.. Make your late mom proud of having you :)